Monday, January 3, 2011

Dah ready nak mati?

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca..tahun 2010 dah meninggalkan kita dan tak mungkin kembali lagi sepertimana Malaysia telah meninggalkan Indonesia ketika perlawanan Suzuki Cup..Sebelum ni Phnom pun tak tahu ada Suzuki Cup..tapi sampai sekarang iklan dekat tv1 tak habis-habis lagi mengucapkan tahniah pada pemain bola sepak Malaysia atas kemenangan yang lalu..tapi kalau difikirkan bola sepak kita yang dibarisi Khairul Fahmi (semestinya la nama dia first sebab hot kan), Safee Sali, dan lain-lain baru menguasai persada Asia Tenggara..namun jika dilihat pencapaian Datuk Nicol Ann David dalam skuasy, Datuk Lee Chong Wei dalam badminton, semua nya sudah melepasi sempadan Asia dan menggapai puncak kegemilangan bertanding di persada antarabangsa..

Senarai nama atlet Malaysia memenangi emas di Sukan Asia di Guangzhou 2010

Emas (9)

  1. Chai Fong Ying - Wusyu (Taijiquan/Taijijian All-Round Wanita)
  2. Azizulhasni Awang - Basikal Trek (Keirin)
  3. Adrian Ang, Alex Liew - Boling (Berpasangan Lelaki)
  4. Nicol Ann David - Skuash (Individu Wanita)
  5. Azlan Iskandar - Skuash (Individu Lelaki)
  6. Alex Liew - Boling (All-Event Lelaki)
  7. Ku Jin Keat - Karate (Kata Individu Lelaki)
  8. R Puvaneswaran - Karate (Kumite Lelaki 55kg)
  9. Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Arnold, Sharon Wee - Skuash (Berpasukan Wanita)
dari blog Kfzoom

Dengan peratusan 54% penduduk bumiputera Melayu di Malaysia ini, hanya seorang sahaja dari nama senarai pemungut emas itu adalah dari keturunan berikut. Adakah Phnom racist? Tentu sekali kalau lihat kaum sendiri pandai menyanyi dan meggedik, pandai buat aksi ngeri atas motor, pandai jadi penganggur sukarela..

Kembali pada tajuk asal mengapa terasa nak menulis ialah kerana..

Setahun lagi Bumi akan mengalami kemusnahan yang dasyat


Heh..mungkin ramai yang tidak percaya dengan Planet X atau Planet Nibiru atau ada teori yang mengatakan Planet tersebut telah berhenti bergerak dan tidak akan melanggar atau mengacau gravity field di Bumi ini..

Dan yang paling pasti Kiamat itu akan datang bukan pada tarikh yang telah disangka..tak ada seorang manusia pun yang tahu akan tarikh sebenar Kiamat akan tiba baik Kiamat Kecil atau Kiamat Besar..

Tapi persoalannya sampai bila nak lari dari fakta yang kita ni banyak berdosa dan perlukan pengampunan dari Allah?

Tubna Illallah, Waraja'na Illallah, Wa nadimna ala ma faalna

Kita bertaubat pada Allah, Kita Kembali pada Allah, Kita menyesali segala dosa kesalahan yang pernah kita lakukan

:)